Kerjaya antarabangsa Bernard Anício Caldeira Duarte

Bernard bermain untuk Brazil menentang Australia pada 2013.

Bernard telah dipanggil untuk sertai skuad Brazil pada 11 September 2012, untuk Superclásico de las Américas oleh jurulatih Mano Menezes.[18] Pada 21 November 2012, beliau membuat penampilan pertama untuk Brazil ketika menggantikan Lucas Marques pada minit ke-74, ketika perlawanan kedua Superclásico de las Américas menentang Argentina, di mana skuad Seleção memenangi kejohanan itu melalui sepakan penalti.

Beliau telah dipilih untuk sertai skuad Brazil yang menjadi tuan rumah Piala Konfederasi FIFA 2013. Beliau membuat penampilan pertama kejohanan itu ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Itali, beliau bermain selama 20 minit terakhir selepas menggantikan Neymar.

Bernard sebahagian daripada 23 pemain Brazil yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014 pada 7 Mei 2014.[19] Beliau bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menggantikan Hulk ketika menentang Croatia. Beliau juga bermain penuh 90 minit ketika Brazil tewas besar kepada Jerman, 7-1 di kampung halamannya, Belo Horizonte.

Pasukan kebangsaan Brazil
TahunKmnclnGol
201210
201391
201440
Jumlah141

Gol antarabangsa

#TarikhArenaLawanSkorKeputusanKejohanan
1.16 November 2013Stadium Sun Life, Miami, Amerika Syarikat Honduras1–05–0Persahabatan

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bernard Anício Caldeira Duarte http://www.galodigital.com.br/enciclopedia/201111_... http://www.portalsete.com.br/index.php?option=com_... http://www.mg.superesportes.com.br/app/noticias/fu... http://www.superesportes.com.br/app/1,9/2012/01/29... http://esportes.terra.com.br/futebol/estaduais/201... http://esporte.uol.com.br/futebol/campeonatos/bras... http://esporte.uol.com.br/futebol/ultimas-noticias... http://www.bbc.com/sport/0/football/27312691 http://galodeprata13.blogspot.com/2010/12/entrevis... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi...